Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.
Tafsiran Ayat
Bila pertolongan Allah telah tiba dan telah mencapai kemenangan serta manusia berbondong-bondong masuk Islam, maka hilanglah ketakutan dan hendaklah Nabi Nya bertasbih menyucikan Tuhannya dan mensyukuri Nya serta membersihkan jiwa dari pemikiran-pemikiran yang terjadi pada masa kesulitan.
Dengan demikian keluh kesah dan rasa kecewa tidak lagi akan mempengaruhi jiwa orang-orang yang ikhlas selagi mereka memiliki sifat keikhlasan.
Dengan turunnya surah An-Nasr ini, nabi memahaminya bahawa tugas risalahnya telah selesai dan selanjutnya ia hanya menunggu panggilan pulang ke Rahmatullah. Ibnu Umar berkata : "Surah ini diturunkan di Mina ketika Nabi mengerjakan Haji Wada'.
HIKMAH DAN PELAJARAN
1. Surah An-Nasr ini diturunkan kepada Rasulullah SAW sebagai berita gembira atas perjuangan beliau dalam mendakwahkan Islam iaitu dengan pelbagai kemenangan dalam penaklukan wilayah dan banyaknya yang memeluk Islam serta penaklukan Mekah dengan cara damai.
2. Turunnya surah An-Nasr ini merupakan isyarat akan dekatnya ajal Rasulullah SAW dan telah sempurnanya perjuangan Rasulullah SAW menyampaikan risalah sehingga sudah saatnya bagi beliau mempersiapkan diri untuk menghadap Allah Ta'ala.
3. Allah Ta'ala akan selalu menolong dan memberi kemenangan kepada hamba-hamba Nya yang selalu berjuang untuk mendakwahkan Islam dan meninggikan kaklimat-kalimatNya.
4. Perintah Allah Ta'ala kepada kita agar berzikir kepada Nya dengan memperbanyakkan tasbih dan tahmid.
5. Perintah Allah Ta'ala kepada kita agar memperbanyakkan memohon ampun (istigfar) dan bertaubat kepada Allah Ta'ala serta mempersiapkan bekal sebaik-baiknya untuk menghadap Allah Ta'ala. Kita tidak tahu bila ajal datang menjemput, berbeza dengan rasulullah yang telah diberi isyarat dekatnya ajal beliau.

Inilah makam Nabi Muhammad SAW. Perjuangan Islam tidak akan terpadam. |

No comments:
Post a Comment