Monday, April 15, 2019

SURAH 110


TADABBUR SURAH AN-NASR

Islam memiliki keistimewaan mengaitkan antara dunia dan akhirat, antara Allah Ta'ala dan hamba, antara kemenangan, kemuliaan dan penaklukan, kembali kepada Allah Ta'ala sesudahnya agar manusia tidak dibiarkan berjalan bersama hawa nafsu dan syahwat, serta sentiasa berkeperibadian lurus, tidak sombong, tidak terpedaya dan berbuat keji. Inilah yang kita temukan secara jelas melalui tuntutan dan perintah Allah Ta'ala untuk nabi Nya setelah meraih berbagai kemenangan (penaklukan) yang diberikan seperti penaklukan Mekah dan lainnya, perintah bertasbih, bertahmid dan beristighfar dalam surah An-Nasr surah madaniyyah secara ijma'.
Ibnu Abbas r.a ditanya tentang petunjuk surah ini, ia menjawab, "Ini adalah ajal Rasulullah SAW. Allah Ta'ala memberitahukan bahawa ajal beliau telah dekat bila telah melihat semua hal itu." selang berapa lama Umar r.a berkata, "Yang aku tahu sama seperti yang kau sampaikan."
(HR Sa'id bin Manshur, Ibnu Sa'ad, Al-Bukhari dan lainnya dari Ibnu Abbs r.a)

Penjelasan yang disampaikan Ibnu Abbas tentang penafsiran surah ini sama seperti yang disebutkan Ibnu Mas'ud dan murid-muridnya, Qatadah dan Dhahhak. Aisyah r.a meriwayatkan intinya dari Nabi SAW saat Mekah ditaklukkan dan bangsa Arab masuk Islam, Rasulullah SAW sering mengucapkan, "Maha Suci Allah dan dengan memuji Nya. Ya Allah, sungguh aku memohon keampunan kepada Mu." Beliau menafsirkan surah ini."
(HR. Abdur Razzaq, Al Bukhari, Muslim dan lainnya dari Aisyah r.a).

Rasulullah SAW pernah mengatakan pada Aisyah, "Menurutku, itu tidak lain adalah tibabya ajalku." Surah yang dimaksudkan adalah surah An-Nasr
Surah ini merupakan berita gembira kemenangan untuk Nabi SAW terhadap seluruh bangsa Arab, pemberitahuan ajal dan persiapan untuk beralih menuju Kekasih Tertinggi dengan sentiasa bertasbih, bertahmid dan memohon keampunan. 

Bila pertolongan Allah Ta'ala dan pembelaan Nya terhadap semua orang yang memusuhimu iaitu Quraisy dan seluruh bangsa Arab telah terjadi, bila Mekah telah ditaklukkan untuk mu, kemenangan telah engkau capai, agamamu meraih kemenangan dan tersebar luas, maka sucikanlah Allah Ta'ala seraya memuji Nya atas pelbagai nikmat dan kurnia yang telah diberikan padamu, mintalah keampunan untukmu dan para pengikutmu, sesungguhnya Allah maha Penerima taubat hambanya, agar mereka tidak putus asa dan kembali kepada Nya setelah berbuat kesalahan.

Pertolongan yang dilihat Rasulullah SAW adalah kemenangan beliau ke atas Quraisy, Hawazan dan lainnya dan kemenangan yang dimaksudkan adalah penaklukan Mekah, Thaif, kota-kota Hijaz dan sebahagian besar kawasan Yaman. Ibnu Abdil Barr menjelaskan dalam Al-Isti'ab, tidaklah Rasulullah SAW meninggal sementara masih ada satu orang Arab yang masih kafir. Semuanya masuk Islam, setelah Hunain dan Thaif, ada yang datang sendiri dan ada juga yang mengirim utusan. Setelah Rasulullah SAW wafat, terjadilah kemurtadan dimana-mana dan kembali ke agama asal mereka. Maksudnya adalah bangsa Arab dan para penyembah berhala (kaum paganis).
Fathu Makkah (Penaklukan Kota Makkah) adalah sejarah kemenangan kaum muslimin dibawah bimbingan kenabian yang terjadi di bulan Ramadhan.

IBNU KATSIR dalam tafsirannya menjelaskan :

Setelah turun surah an Nashr ini, Rasulullah SAW lebih bersungguh-sungguh lagi dalam beramal untuk akhiratnya. Adapun yang ditafsirkan oleh Ibnu Abbas r.a dan Umar r.a bahawa surah ini memberitahukan tentang dekatnya kematian Rasulullah SAW, maka maka maksud ayat ini ialah "Ketahuilah oleh kamu Muhammad, bahawa bila engkau telah menaklukkan Kota Mekah, iaitu kampung halaman yang telah mengeluarkan kamu, dan orang-orang sudah masuk agama Allah dengan berbondong-bondong, maka perhatian Kami kepadamu di dunia telah berakhir, lalu bersiap-siaplah untuk menghadap Kami. Sebab akhirat adalah lebih baik bagimu daripada dunia. Dan kelak, Tuhanmu akan memberimu pemberian sehingga kamu akan puas.
Sejarah kegemilangan Islam di bulan Ramadhan

SYAIKH ADURRAHMAN BIN NASHIR AS-SA'DI dalam tafsirnya :

a. Dalam surah yang mulia ini (an-Nashr) terdapat berita gembira dan sekaligus perintah untuk RasulNya pada saat berita gembira itu terwujud, serta terdapat isyarat dan peringatan akan beberapa hal yang disebabkan olehnya. Berita gembira yang dimaksudkan adalah berita gembira pertolongan Allah Ta'ala untuk RasulNya, penaklukan Mekah dan masuknya orang-orang kedalam agama Allah berbondong-bondong." Sedangkan printah setelah terwujudnya kemenangan dan penaklukan adalah perintah Allah untuk RasulNya agar bersyukur kepada Allah atas hal itu serta memahasucikan dan memujiNya dan memohon keampunan dari Nya.

b. Berkaitan isyarat, terdapat dua dalam ayat ini :
Isyarat Pertama : Isyarat bahawa kemenangan akan terus berlangsung bagi Islam dan semakin bertambah manakala terwujud tasbih (memahasucikan) Allah dengan memujiNya dan memohon keampunan padaNya dari RasulNya kerana hal ini termasuk rasa syukur, dan Allah Ta'ala berfirman, "Sungguh jika kalian bersyukur, pasti kami akan tambahkan (nikmat) kepadamu." (QS. Ibrahim:7)

Hal itu telah terwujud di masa Khulafa' Rasyidin dan generasi setelahnya dari umat ini. Dan pertolongan Allah Ta'ala sentiasa berlangsung hingga Islam mencapai apa yang tidak mampu dicapai oleh agama-agama lain, hingga terjadilah pembangkangan terhadap perintah Allah Ta'ala dalam umat ini sehingga mereka ditimpa perpecahan dan terjadilah apa yang terjadi. Meski demikian, umat dan agama ini tetap memiliki rahmat dan kelembutan Allah ta'ala yang tidak pernah terlintas di benak atau berlalu dalam khayalan.
Kawasan jajahan dan perkembangan Islam
Isyarat Kedua : Adalah dekatnya ajal Rasulullah SAW. Alasannya adalah kerana usia beliau adalah usia mulia yang dengannya Allah SWT bersumpah, dan Allah telah memberitahukan bahawa hal-hal utama itu ditutup dengan istighfar seperti solat, haji dan lainnya. Allah Ta'ala memerintahkan RasulNya untuk bertahmid dan beristighfar dalam keadaan itu sebagai sebuah isyarat bahawa ajal beliau sudah dekat. hendaklah beliau mempersiapkan diri untuk bertemu dengan Rabb beliau dan menutup usianya dengan sesuatu yang paling istimewa yang beliau miliki. Semoga shalawat dan salam tetap terlimpahkan kepada beliau.



AYAT 1

Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai Mekah),-

Tafsiran Ayat

Dalam ayat-ayat ini, Allah memerintahkan apa yang harus dilakukan nabi-Nya pada saat penaklukan Mekah, iaitu apabila ia telah melihat pertolongan Allah terhadap agamaNya telah tiba dengan kekalahan orang-orang Musyrik dan kemenangan di pihak NabiNya.
Kemenangan di atas segala kemenangan

AYAT 2

Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai,-

Tafsiran Ayat

Allah menjanjikan kepada NabiNya untuk melihat orang-orang masuk kepada agama Allah beramai-ramai dan berduyun-duyun, bukan orang perseorangan sebagaimana halnya pada permulaan dakwah. Hal tersebut terjadi sesudah kemenangan atas kota Mekah, lalu orang-orang Arab dari semua kawasan datang kepada Nabi SAW dalam keadaan taat untuk memeluk Islam.

AYAT 3

Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.

Tafsiran Ayat

Bila pertolongan Allah telah tiba dan telah mencapai kemenangan serta manusia berbondong-bondong masuk Islam, maka hilanglah ketakutan dan hendaklah Nabi Nya bertasbih menyucikan Tuhannya dan mensyukuri Nya serta membersihkan jiwa dari pemikiran-pemikiran yang terjadi pada masa kesulitan.

Dengan demikian keluh kesah dan rasa kecewa tidak lagi akan mempengaruhi jiwa orang-orang yang ikhlas selagi mereka memiliki sifat keikhlasan.

Dengan turunnya surah An-Nasr ini, nabi memahaminya bahawa tugas risalahnya telah selesai dan selanjutnya ia hanya menunggu panggilan pulang ke Rahmatullah. Ibnu Umar berkata : "Surah ini diturunkan di Mina ketika Nabi mengerjakan Haji Wada'.
Inilah makam Nabi Muhammad SAW. Perjuangan Islam tidak akan terpadam.

HIKMAH DAN PELAJARAN


1. Surah An-Nasr ini diturunkan kepada Rasulullah SAW sebagai berita gembira atas perjuangan beliau dalam mendakwahkan Islam iaitu dengan pelbagai kemenangan dalam penaklukan wilayah dan banyaknya yang memeluk Islam serta penaklukan Mekah dengan cara damai.

2. Turunnya surah An-Nasr ini merupakan isyarat akan dekatnya ajal Rasulullah SAW dan telah sempurnanya perjuangan Rasulullah SAW menyampaikan risalah sehingga sudah saatnya bagi beliau mempersiapkan diri untuk menghadap Allah Ta'ala.

3. Allah Ta'ala akan selalu menolong dan memberi kemenangan kepada hamba-hamba Nya yang selalu berjuang untuk mendakwahkan Islam dan meninggikan kaklimat-kalimatNya.

4. Perintah Allah Ta'ala kepada kita agar berzikir kepada Nya dengan memperbanyakkan tasbih dan tahmid.

5. Perintah Allah Ta'ala kepada kita agar memperbanyakkan memohon ampun (istigfar) dan bertaubat kepada Allah Ta'ala serta mempersiapkan bekal sebaik-baiknya untuk menghadap Allah Ta'ala. Kita tidak tahu bila ajal datang menjemput, berbeza dengan rasulullah yang telah diberi isyarat dekatnya ajal beliau.